JellyPages.com

Friday 15 July 2011

Kerana Allah Mahu Kamu Buktikan Janji Kamu

alt
Tahukah kamu akan hadis ini?
Barangkali kamu tahu dan sudah pun hafal kisahnya.
Namun apakah ertinya pada kehidupan kita? Sedangkan semua yg kita pelajari dari Quran dan hadis harus diterjemahkan pada seluruh kehidupan kita.
Teliti dan bacalah baik- baik tanpa kita jemu menelitinya:
Rasulullah SAW menceritakan suatu kisah kepada para sahabatnya. Kisah penuh hikmah ini, dicatat oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka (Bukhari no. 3464 dan Muslim no. 2964). Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW pernah bercerita:
"Dahulu ada tiga orang Bani Israil yang masing-masing menderita suatu penyakit. Orang pertama diserang penyakit kudis di seluruh tubuhnya, orang kedua tidak memiliki sehelai rambut pun di kepalanya (botak) dan orang ketiga menderita cacat pada matanya sehingga tidak boleh melihat (buta)."
Allah ingin menguji mereka dengan mengutus seorang malaikat-Nya. Malaikat pun mendatangi orang pertama seraya bertanya: "Apakah yang paling anda inginkan?" Jawabnya: "Warna dan kulit yang indah serta hilangnya seluruh cacat di tubuhku yang membuat manusia menjauhiku." Malaikat lalu mengusapnya sehingga kecacatan di kulitnya hilang dan berganti warna kulit yang indah. Malaikat lalu bertanya lagi: "Binatang (ternak) apa yang paling anda inginkan?" Jawabnya:"Unta..." Lantas diapun diberi unta yang sedang bunting dan malaikat berdoa: "Semoga Allah memberkatimu dengan binatang itu."
Seterusnya malaikat mendatangi orang yang botak dan bertanya: "Apakah yang paling anda inginkan?" Jawabnya: "Rambut yang indah serta hilangnya seluruh kecacatan yang membuat manusia lari dariku." Malaikat lalu mengusapnya sehingga kecacatan di kepalanya hilang dan diberi rambut yang indah. Malaikat lalu bertanya lagi: "Binatang apa yang paling anda sukai?" Jawabnya: "Sapi." Lalu diapun diberi seekor sapi bunting. Kemudian malaikat berdoa: "Semoga Allah memberkatimu dengan binatang tersebut."
Kemudian malaikat mendatangi orang yang ketiga (si buta) dengan pertanyaan yang sama: "Apakah sesuatu yang paling anda inginkan?" Jawabnya: "Semoga Allah menyembuhkan mataku hingga aku dapat melihat." Malaikat lalu mengusapnya sehingga dia dapat melihat. Malaikat lalu bertanya lagi: "Binatang apa yang paling anda inginkan?" Jawabnya: "Kambing."Lantas diapun diberi kambing bunting dan malaikat berdoa: "Semoga Allah memberkatimu dengan binatang itu."
Waktu terus berputar, hari silih berganti, bulan berganti terus berjalan dan tahun-tahun terus berlalu. Ternakan mereka semakin berkembang biak dan bertambah banyak, sehingga masing-masing mempunyai sebuah lembah yang dipergunakan untuk menggembala ternakan masing-masing. Lembah unta, lembah sapi dan lembah kambing.
Kini tiba saatnya bagi Allah untuk menguji mereka. Malaikat kembali mendatangi orang pertama yang kini adalah orang kaya dan tidak lagi berkudis. Malaikat tersebut datang dengan wujud dan keadaan orang tersebut sebelum jadi kaya, iaitu seorang yang miskin lagi berkudis. Kemudian mengatakan: "Saya seorang miskin yang kehabisan bekal dalam perjalanan. Hari ini tiada yang dapat menolong diri saya kecuali Allah, kemudian tuan. Saya memohon kepada tuan yang telah dikurniai kulit yang indah supaya berkenan kiranya memberi harta demi meneruskan perjalanan saya."
Si kudis menjawab: "Tidak, keperluanku yang lain masih banyak." Malaikat berkata: "Dulu seperti saya pernah mengenal tuan. Bukankah dahulunya tuan adalah seorang yang berkudis lalu Allah sembuhkan dan dahulu tuan adalah seorang yang fakir lalu Allah cukupkan?" Dia menjawab: "Harta ini adalah harta warisan nenek moyang sejak dulu." Kata Malaikat: "Jikalau tuan berdusta, maka Allah akan merubah tuan seperti keadaan dahulu."
Berikutnya malaikat mendatangi orang kedua. Malaikat itu menyerupai wujudnya ketika masih miskin dan botak dahulu, seraya mengajukan permintaan yang serupa dengan orang kedua tadi. Jawapan yang diperoleh pun tidak berbeza dengan jawapan orang pertama. Akhirnya Malaikat berkata: "Jikalau tuan berdusta, maka Allah akan merubah tuan seperti keadaan dahulu."
Malaikat kemudian mendatangi orang ketiga dengan rupa seorang buta yang miskin seraya mengatakan: "Saya orang miskin yang kehabisan bekal dalam perjalanan. Hari ini tiada yang dapat menolong diri saya kecuali Allah, kemudian tuan. Saya memohon kepada tuan yang telah disembuhkan oleh Allah untuk berkenan kiranya memberi saya sedikit harta demi meneruskan perjalanan saya ini."
Jawab si buta: "Dahulu aku adalah seorang yang buta, kemudian Allah menyembuhkanku. Maka ambillah apa saja dan berapapun yang anda mahu dan tinggalkan yang anda tidak suka. Demi Allah, saya tidak merasa keberatan bila anda mengambil sesuatu untuk Allah."
Malaikat menjawab: "Tahanlah hartamu, ambillah kembali. Sesungguhnya kalian sedang diuji. Allah telah meredhaimu dan murka kepada saudaramu."
Si buta dengan ikhlas hati memberikan hartanya kepada malaikat tersebut yang dalam pandangannya adalah seorang yang memerlukan bantuan. Maka Allah memberkatinya dan dia tetap memiliki hartanya. Berbeza halnya dengan kedua rakannya dahulu yang ternyata berubah menjadi bakhil. Setelah berubah menjadi orang kaya dan berkedudukan, keduanya lupa kewajipan mereka, iaitu bersyukur kepada Allah dan memberikan hak orang lain yang juga memerlukan bantuan. Maka akhirnya keadaan mereka dikembalikan sebagaimana dahulu."
Ikhwah akhawat sekalian,
Begitulah juga kehidupan kita.
Dulu kita susah.
Susah sangat.
Struggle study.
Miskin duit
Susah nak pergi program,
Bersendirian dan keseorangan di jalan ini,
Namun , akhirnya, dengan nikmat dan rahmat Allah, Allah berikan kita nikmat-nikmat-Nya yang sangat melimpah-ruah:
Kita dapat grad.
Kita dapat kerja.
Kita dapat duit yang banyak.
Kini kita sudah berkereta dan berumah besar.
Seterusnya Allah kurniakan kita zauj dan juga zaujah.
Kita tidak lagi miskin, kita tak lagi struggle, kita tak lagi susah nak pergi program dan kita tak lagi bersendirian di atas jalan dakwah ini.
Maka di saat ini.
Adakah kita mahu menjadi yang sopak, yang botak. Ataupun yang buta?
Di saat semuanya telah mudah sekarang, adakah boleh kita kurangkan komitmen kita di atas jalan dakwah ini?
Sudah tentu di saat inilah, dakwah lebih-lebih lagi menuntut segalanya dari kita.
Sebagai bukti, syukurnya kita pada Allah.
Sebagai bukti janji kita kepada Allah.
Jika tidak, nantikanlah balasan dari Dia, seperti mana yang berlaku pada si sopak dan juga botak.

Dah diberi cantik,kenapa ingin diubahnya...

alt

Kecenderungan mengubah rupa bentuk kejadian diri turut dikaitkan dengan keadaan luaran serta 
naluri dalaman pelaku tersebut. Menurut Dr. Khairi Rahman, Perunding Psikologi di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang individu melakukan pengubahan rupa bentuk diri mereka seperti melakukan pembedahan plastik, botox, membesarkan buah dada dan sebagainya.
Antara punca yang mendorong insan merubah asal kejadian mereka adalah tekanan dari persekitaran. Individu terbabit dikelilingi oleh orang yang pernah melakukan pembedahan atau suntikan contohnya, mengkhabarkan kebaikan dan manfaat yang diperoleh daripada perbuatan tersebut. Ini akan menimbulkan rasa ingin mencuba tambahan pula telah melihat hasilnya di depan mata.
Wang. Ia faktor paling dominan yang merealisasikan hasrat individu untuk melakukan pengubahan rupa bentuk. Bagi orang yang mempunyai kewangan kukuh, mereka lebih terdorong melakukannya kerana tiada halangan dan kemaslahatan.
Selain itu, media banyak mempengaruhi masyarakat untuk melakukan perkara ini. Paparan yang menarik serta pengesahan daripada pakar mewujudkan keberanian masyarakat untuk mencuba. Terdapat pakar perubatan yang berkerjasama dengan media untuk memyampaikan keberkesanan teknik yang digunakan, kos yang rendah dan risiko yang minimum untuk melakukan surgery memberikan rangsangan kuat kepada umum.
Tambahnya lagi, di samping faktor-faktor luaran yang disebutkan, ada satu faktor yang menjadi tunjang kepada perlakuan ini. Ia adalah keyakinan diri. Beliau menjelaskan, orang yang berada pada tahap sederhana jarang terdorong untuk melakukan perbuatan ini.Dari segi psikologi, mereka dapat menerima seadanya apa-apa yang dikurniakan kepada mereka.

dia datang menjemputku...


"Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan"
Seorang anak Adam sedang 'bahagia' menikmati hidup, bersuka ria dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan dan keluarga, ada yang leka bekerja mencari rezeki untuk membahagiakan kehidupan yang sedia ada, ada yang sedang lena diulit mimpi-mimpi indah, tidak kurang ada yang sedang berpesta menikmati keseronokan dunia, ada pula yang sedang lalai melakukan kemaksiatan dan terlalu ramai yang sedang hanyut dalam gelombang dosa yang berterusan..tetapi pernahkah mereka terfikir, pedihnya saat yang dinamakan Sakaratul Maut?!
"Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sebentar, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri" - Imam Ghazali 
Imam Ghazali juga meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah S.A.W, baginda bersabda:
"Ketika sekelompok Bani Israel berada di sebuah tanah pekuburan, mereka berdoa pada Allah S.W.T agar Allah dapat menghidupkan semula satu mayat daripada tanah pekuburan itu agar mereka dapat mengetahui gambaran sakaratul maut yang sebenarnya. Dengan izin Allah S.W.T, tiba-tiba mereka dihadapkan dengan seorang lelaki yang muncul dari salah satu liang lahad tersebut. "Wahai manusia !", kata lelaki tersebut. "Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa kesakitan bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku."
Kata Saidina Ali Ibn Abi Talib R.A, " Manusia ini sebenarnya tidur dan akan bangun bila ia mati. Bila sampai saat kematian baru dia sedar akan perlunya bekalan amalan untuk dibawa ke akhirat untuk dihitung oleh Allah kemana arah tujuan. Dimana tempat bermulanya 'kehidupan' yang sebenar."
"Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu, hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata: "Ya Rabb kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitan."
 (al-Mu'minun : 99-100)
Suatu hari, Nabi Ibrahim A.S meminta kepada Allah agar diperlihatkan wajah malaikat maut ketika ingin menarik nyawa orang-orang yang musyrik dan tidak beriman kepada Allah S.W.T. Maka Allah memperkenankan permintaan Nabi Ibrahim A.S. Sejurus selepas itu muncullah malaikat maut berkulit hitam legam, berbau teramat busuk dan meloyakan, memiliki dua mata satu didepan dan satu dibelakang. Di mulutkan kelihatan api yang panas membara. Nabi Ibrahim A.S yang melihatnya pengsan tidak sedarkan diri. Sedangkan saat sakaratul maut manusia yg kufur itu diseksa sedemikian rupa, sesungguhnya seksa Allah S.W.T diakhirat kelak lebih berlipat kali gandanya!
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian:
1.      Hartanya untuk waris-waris tinggalannya.
2.      Nyawanya untuk ditarik oleh Malaikal Maut.
3.      Dagingnya di perut bumi untuk santapan ulat-ulat.
4.      Tulangnya untuk direputkan oleh tanah.
5.      Amalan dan kebajikannya sepanjang hidup dimuka bumi serta doa anak yang soleh yang tidak jemu-jemu mendoakannya. 
Kadang kala ada ketikanya, orang yang telah mati seakan-akan datang kepada kita untuk meraih 'bantuan' daripada kita seperti contoh, mereka menghadirkan diri dalam mimpi kita supaya kita melihat keadaan mereka di alam sana dan terima pengajaran daripada apa yang diperlihatkan kepada kita. Maka ingatlah kepada mereka yang telah kembali menghadap Ilahi serta sedekahkanlah Al-Fatihah dan bacalah Yasin untuk mereka mudah-mudahan beban yang ditanggung mereka dikurangkan. Insya-Allah.
Mati itu perkara yang paling pasti di pengakhir kehidupan. Silap bagi mereka yang berpendapat bahawa mati itu umpama tidur yang panjang dan segala nasib malang akan berakhir sesudah kematian. Mati itu sebenarnya permulaan bagi kehidupan-kehidupan lain di alam kubur, di alam padang masyar, di alam yang kekal abadi, syurga dan neraka. Wallahualam.
Andai kutahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Editor: Al-Fatihah buat rakan yang baru sahaja meninggal dunia pada tiga hari yang lepas. Umurnya baru sahaja mencecah angka 21 tahun. Saya mengenalinya sejak dialam sekolah rendah. Benar, mati itu tidak mengira usia. Sama-samalah kita berdoa agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin..
Dan buat kita yang masih hidup, perbaiki lah amalan kita, berhiburlah dengan batasan syariat(berpada-pada), berbuat baiklah dengan orang-orang disekeliling kita. Jika masih ada yang bermusuhan, minta lah maaf dengan segera. Sebelum ajal kita tiba..kerana saat itu, semuanya sudah terlambat..